
Malaysia Perluaskan Pengedaran Minyak Masak Bersubsidi ke Seluruh Negara
Kuala Lumpur, 14 Mei 2025 – Kerajaan Malaysia mengambil langkah proaktif untuk menangani isu kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi di seluruh negara. Pengumuman ini dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Dr. Fuziah Salleh, yang menjelaskan bahawa pengedaran minyak masak akan diperluaskan ke seluruh negara. "Syarikat pembungkusan diwajibkan menghantar bekalan secara berkala ke 'point of sales' (POS), merangkumi pasar raya dan peruncit," kata Dr. Fuziah. Langkah ini diambil bagi mengatasi masalah logistik dan kos penghantaran yang tinggi ke kawasan pedalaman. Sebelum ini, ramai penduduk di kawasan pedalaman menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak bersubsidi. Dengan pelaksanaan zonning yang baru, kerajaan berharap dapat memastikan bekalan minyak masak mencukupi untuk semua rakyat Malaysia.